untuk makluman semua penduduk Taman Lestari Putra 1, pihak AJK persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra 1 Kali ke-3 pada tarikh dan masa seperti berikut:
Masa : 2.00 ptg - 4.00 ptg
Tempat : Berhampiran surau LEP 1 (Jalan LEP 1/5)
Aturcara :
2.00 ptg - Pendaftaran Ahli (termasuk ahli baru)
- Kutipan bulanan ahli dan security
3.00 ptg - mesyuarat agung tahunan
- pengesahan minit mesyuarat lepas
- pembentangan kewangan berakhir dis 2012
- hal-hal lain
- perlantikan jawatankuasa baru persatuan
4.00 ptg - jamuan / bersurai
Mohon kerjasama semua penduduk untuk hadir beramai-ramai terutamanya bagi melancarkan proses pertukaran kuasa antara AJK persatuan sebelum ini dengan yang baru.
MOhon juga tuan/puan dapat mengenalpasti mereka-mereka yang difikirkan BERKEMAMPUAN DAN MEMPUNYAI IDEA-IDEA BARU UNTUK MEMIMPIN PERSATUAN kita ini. Insyaallah, semoha mesyuarat ini nanai akan menjadi medan terbaik untuk kita untuk berbincang dan mengeratkan perpaduan penduduk.
Yang menjalankan tugas,
Setiausaha PPTLP1
No comments:
Post a Comment