PARAGON 202 TAMAN LESTARI PUTRA

PARAGON 202 TAMAN LESTARI PUTRA

Monday, October 15, 2012

Notis Mesyuarat Persatuan Penduduk LEP1 Kali Ke3

Assalammualaikum...

untuk makluman semua penduduk Taman Lestari Putra 1, pihak AJK persatuan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Taman Lestari Putra 1 Kali ke-3 pada tarikh dan masa seperti berikut:


Masa     : 2.00 ptg - 4.00 ptg

Tempat : Berhampiran surau LEP 1 (Jalan LEP 1/5)


Aturcara : 

2.00 ptg - Pendaftaran Ahli (termasuk ahli baru)


            - Kutipan bulanan ahli dan security



3.00 ptg - mesyuarat agung tahunan



            - pengesahan minit mesyuarat lepas



            - pembentangan kewangan berakhir dis 2012



            - hal-hal lain



            - perlantikan jawatankuasa baru persatuan
 penduduk bagi penggal 2013 / 2014


4.00 ptg - jamuan / bersurai








Mohon kerjasama semua penduduk untuk hadir beramai-ramai terutamanya bagi melancarkan proses pertukaran kuasa antara AJK persatuan sebelum ini dengan yang baru. 





MOhon juga tuan/puan dapat mengenalpasti mereka-mereka yang difikirkan BERKEMAMPUAN DAN MEMPUNYAI IDEA-IDEA BARU UNTUK MEMIMPIN PERSATUAN kita ini. Insyaallah, semoha mesyuarat ini nanai akan menjadi medan terbaik untuk kita untuk berbincang dan mengeratkan perpaduan penduduk.











Yang menjalankan tugas,





Setiausaha PPTLP1





Monday, July 16, 2012

surau baru di LEP1

alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah taala...
kini warga LEP1 (penduduk Paragon 202 & Talam) boleh menunaikan solat dan menjalankan aktiviti kerohanian di surau sendiri..
surau ini diwakafkan oleh salah seorang penduduk Paragon202 utk semua penduduk LEP1..
pada 14 Julai 2012 yg lepas
bertempat di surau berkenaan di jalan LEP1/1
satu majlis kesyukuran sempena pembukaan surau telah diadakan.
semua penduduk yg hadir telah menunaikan solat zohor buat pertama kalinyer bersama-sama
semoga dgn adanyer sebuah surau di taman kita ni..
dpt mengeratkan lagi ukhwah sesama kita umat Islam..




oleh yg demikian, dimaklumkan juga di sini..
Sepanjang bulan Ramadhan 1433H thn ini, 
penduduk dijemput beramai2 sama-sama menunaikan solat terawih 
kepada penduduk yg ingin membuat sumbangan berupa peralatan  utk surau amatlah dialu-alukan
tabung surau juga akan diwujudkan untuk penambahbaikan kemudahan di surau ini
kepada penduduk yg ingin menyediakan more jugak amatlah dialu-alukan



dikesempatan ini juga..
kami pihak AJK Persatuan Penduduk LEP1 ingin mengucapkan






Sunday, August 21, 2011

Selamat Berpuasa & Selamat hari Raya....

Salam Ramadan & Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua penduduk yang beragama Islam di LEP1 @ Paragon.

Ikhlas dari kami pihak AJK PPLEP1 @ Paragon 202..

sehubungan dgn itu juga, diminta semua penduduk agar mendapatkan dan mengisi borang Cuti Balik Kampung Dengan kerjasam Polis Diraja Malaysia. Borang ini boleh didapati dari ketua Blok masing-masing dan sila reply seberapa segera kepada ketua blok tuan/puan..



BERSAMA MEMBINA KOMUNITI YANG BEBAS DARI JENAYAH DI MUSIM PERAYAAN...

Tuesday, July 12, 2011

Mesyuarat kali Ke-2 PPTLP1

alhamdullillah..
pada 26 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Jln LEP 1/9 TLP1,
satu mesyuarat agung Persatuan Penduduk telah diadakan..
tujuan mesyuarat ini adalah utk memaklumkan kepada semua penduduk mengenai status pendaftaran persatuan disamping melantik AJK baru (AJK induk 2011 - 2012)

w/pun kehadiran mesyuarat kali ke-2 ini amat mendukacitakan..
tetapi mesyuarat telah diadakan dgn jayanya.

selain itu mesyuarat ini adalah utk memaklumkan mengenai soal selidik bg kawalan keselamatan yg dijangka akan diadakan selain pendaftaran keahlian ahli.
meyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.30 petang




Tuesday, June 28, 2011

1st Paragon's BBQ dinner

pada yg baru menjejaki blog ini...
eceli.. sebelum wujudnya Persatuan Penduduk Lestari Putra 1 @ paragon202
beberapa org jiran kita telah sama-sama sepakat utk mengadakan satu mlm suaikenal dgn semua penduduk paragon202 yg telah berpindah masuk ke Paragon bermula pada bulan Oktober 2010 lagi
semua sedia maklum...
sebelum ini kita telah berkenalan kebayakan  community Paragon202 ni.melalui FB

our FB page

kira ini adalah aktiviti pertama penduduk Paragon 202..
memandangkan ini adalah aktiviti pertama..
suka saya memasukkan beberapa gmbar kemeriahan semasa membuat aktiviti ini..
diharap selepas ini kita akan dapat sama2 membuat aktiviti sebegini yg disertai oleh lebih ramai ahli PPLEP1 di masa akan dtg...

jom bc cerita kemeriahan ms buat BBQ Dinner pertama in ye...zaaaaassss!
v
v
v
v
 dpt penyertaan dlm 20org /family...
bertempat kat jalan LEP 1/12 (antra blok B&C)
mlm 1 Januari 2011 aktiviti ber panggang2an kambing & ayam bersama-sama
collection dr semua family yg join RM50 sorang... 
plus pot luck dr sesiapa yg sudi bw utk membanyakkan makanan...

kebetulan kan 31hb Disember aritu cuti.. 
cuti Malaysia menang bola piala suzuki tu..
lg seronok la kami2 ni buat keje....
meh lyan gmbr ek....aku story mory kat gmbar2 tu ea

jam 4ptg khemah sampai...
geng bl ayam dah gi beli since jam 10pg td...
kata diaorg kat 3 GIANT & 2 jusco diaorg terjah nak bl ayam BBQ & kambing BBQ tu..maklumle ari cuti... abis kambing n ayam org sambar..
jam 4.30 ptg br diaorg balik.. kesian diaorg...

jam 6.30 aktiviti menyusun kerusi n hidupkan bara berjalan...


tgk tu... nak hidupkan bara pun ada style tu..

ni antara mknn yg ada

agak2nyer sayur2 ni utk apa ye??


ok.. tgk gmabr lain lagi....
tu dia.. jam 7.30mlm.. ayam dah stat di bakar..
bergilir2 .....

jam 8 mlm makin ramai dtg..
kambing pun dah dok atas api....
makin hot dah...

si isteri2 yg tgk si suami2 panggang ayam n kambing... mlm lom panas lagi..
br jumpa dok n senyum2 je dulu
mknn dah penuh dah atas meja tu

jom tgk menu makanan yg ada ye

ni dia... laksa penang sponsor by ilah fazilah!!! 

punch buah2an pun ada

siap ada nasi lemak dgn kari ayam lg tu... spondored by Yann 

paling best... ini dia..
hotdog n kepak ayam bakar..
kuah BBQ tu masak sendiri tau..
xsangka ada pulak anak tokey BBQ kat situ... dia masak sendiri kuahnyer
mmg marvelous!! superb beb!!! kalah Kenny gojes punyer..!!!

dlm jam 8.15 mlm cam tu.. boleh kata semua dah hadir..
majlis pun bermula... dimulai dgn ucapan dan disudahi dgn bacaan doa
kami pun beramai2... menjamu selera..


sambil masak.. sambil berborak...seronok!!

bila org jantan bergosip... meriah.. gelak je madang...

xketinggalan.. sang isteri pun bercerita jugak..
tanya keje mana? dulu dok mana? rmh dah siap reno ke?tema rmh kaler pe...haha

paling best siap ada smabutan ari jadi lagi..
sbenarnyer xrancang pun... ada org sponsor kek bakers cottage 2 biji..

kami dok mkn smpai kekenyangan lah..
kambing n ayam mmg laku abis...
yg xhabis just nasi lemak je..
dlm jam 11.45mlm camtu kami pun berkemas...
sambil tu semua org dok tapau nasi lemak..
esok tu takyah masak sarapan kan... ahaks!!

jam doblas mlm kami pun tgk la bunga api dentum dentam...

kesimpulan..aktiviti ni mmg best..
harus diteruskan dimasa akan dtg...
hopefully nnt dah ramai duduk... lg meriah tmn perumahan paragon ni..

Paragon FC menang lawan KS Waja Bt.14 Puchong

hari sabtu lepas (25 Jun 2011) bertempat di padang bola sepak Puchong Bt. 14
berlangsung pertandingan bola sepak di mana pemain2 Paragon FC menentang pasukan veteran dari team Puchong Bt. 14 yg menggelarkan diri mereka KS Waja...

perlawanan ini dimenangi oleh team kita Paragon FC... dgn mata 3 - 1
tahniah diucapkan...

memandangkan puan S/U xjoin gi tgk as a tukang sorak..
maka.. xdela gmbar sekitar perlawanan...
tp still ada sekeping gmbar sebelum perlawanan..


pd semua pemain Paragon FC.. tahniah diucapkan.... BRAVOOOOO!!!!!

Monday, June 27, 2011

JEMPUTAN memeriahkan Pertandingan Bola Sepak ~ PARAGON202 vs PENERBIT UPM



kepada semua penduduk PARAGON202...

marilah kita sama2 turun padang jadi penyokong utk team kita yg akan berentap pd 2 julai 2011 ni di UPM...
kehadiran tuan/puan memberi sokongan dan memeriahkan pertandingan sgt2lah dialu-alukan..